Pantai Kemasin
Sumber: Facebook
https://www.facebook.com/kemasinbeachresort/
PANTAI KEMASIN
PENDAHULUAN
Pantai Kemasin yang terletak di Bachok, Kelantan merupakan salah satu destinasi pelancongan yang semakin mendapat perhatian kerana keindahan alam semula jadinya. Dengan hamparan pasir putih yang luas, deruan ombak yang menenangkan, serta suasana kampung nelayan yang masih terpelihara, pantai ini menawarkan pengalaman yang unik kepada para pengunjung. Selain menjadi tempat rekreasi dan percutian keluarga, Pantai Kemasin juga mencerminkan kehidupan masyarakat tempatan yang bergantung kepada hasil laut, menjadikannya bukan sahaja indah dipandang tetapi juga kaya dengan nilai budaya dan ekonomi.
KANDUNGAN
OVERVIEW
Pantai Kemasin di Bachok ialah pantai yang semakin popular kira‑kira 18 km dari Kota Bharu, dengan pemandangan laut yang cantik, suasana santai hujung minggu, serta kewujudan Kemasin Beach Resort sebagai tarikan penginapan dan rekreasi baharu di tepi pantai.
SUBTOPIK
1. AKTIVITI YANG MENARIK
Suasana pantai yang damai membolehkan pengunjung bersantai di tepi laut, berjalan di pesisir, dan menyaksikan matahari terbit atau terbenam sambil merasai ketenangan alam. Air laut yang tenang sesuai untuk sketboat dan memancing, serta kawasan pantai yang luas membolehkan berkelah, BBQ, berkhemah, permainan pantai, senaman ringan, yoga, dan program komuniti dijalankan dengan selesa. Dengan gabungan keindahan semula jadi dan pelbagai aktiviti menarik yang selaras dengan suasana pantai, Pantai Kemasin menjanjikan pengalaman percutian santai, menyeronokkan, dan sesuai untuk keluarga, pelajar, serta pelancong antarabangsa yang mencari destinasi yang unik dan memuaskan.
2. KEINDAHAN PANTAI
Keindahan Pantai Kemasin semakin lengkap dengan deretan makanan menarik yang menggamit selera. Tidak kira siang, petang atau malam, Pantai ini sentiasa menjadi pilihan untuk menikmati hidangan sambil bersantai menghadap laut. Daripada ikan bakar yang berjus hingga shabu-shabu yang menghangatkan badan serta celup tepung rangup, pilihan makanan di Pantai Kemasin sememangnya mampu memikat selera semua lapisan pengunjung. Jelaslah bahawa Pantai Kemasin adalah destinasi yang lengkap untuk pencinta makanan dan juga pencinta alam. Gabungan suasana, rasa dan pengalaman menjadikan setiap kunjungan satu memori yang manis dan sukar dilupakan.
3. LOKASI YANG STRATEGIK
Pantai Kemasin yang terletak di lokasi yang mudah diakses dan juga berhampiran dengan kawasan penempatan dan bandar. Selain itu, lokasi ini boleh diakses menggunakan kenderaan persendirian atau awam. Terdapat kemudahan asas di sini seperti kedai, gerai makanan dan minuman serta penginapan. Oleh sebab itu, lokasi Pantai Kemasin dapat menjadikan sebuah lawatan yang lebih mudah dan selesa.
4. KEMUDAHAN DAN TARIKAN KAWASAN SEKITAR
Di Pantai Kemasin ini, terdapat banyak kemudahan asas seperti kawasan parking kereta, tandas awam serta tempat berehat yang dapat memudahkan setiap pengunjung apabila mereka berada di kawasan tersebut. Ada juga gerai-gerai kecil serta peniaga tempatan yang turut menjual makanan dan minuman di kawasan sekitar. Di samping itu, aktiviti menerokai kehidupan masyarakat setempat turut dapat dirasai dan dapat membeli hasil laut yang segar secara terus. Yang menariknya apabila pengunjung dapat menikmati suasana kampung yang unik di kawasan tersebut.
5. MAKANAN YANG MENARIK
Di Pantai ini, terdapat pelbagai hidangan yang popular seperti ikan bakar, shabu-shabu dan celup tepung. Pengunjung turut dapat menikmati setiap makanan sambil bersantai menghadap laut dengan gabungan makanan lazat dan suasana pantai yang indah ditambah bunyi ombak yang beralun perlahan. Pantai ini sangat sesuai bagi pencinta makanan dan alam semula jadi.
PENUTUP
Sebagai kesimpulan, Pantai Kemasin bukan sahaja menawarkan keindahan semula jadi dengan panorama laut yang menenangkan, tetapi juga memperlihatkan kehidupan masyarakat nelayan yang penuh dengan nilai budaya dan tradisi. Keunikan pantai ini menjadikannya destinasi yang sesuai untuk rekreasi, pendidikan, dan penghayatan terhadap alam sekitar. Oleh itu, kita haruslah menjaga kebersihan dan kelestarian Pantai Kemasin agar keindahannya terus kekal dinikmati oleh generasi akan datang.
Sedikit penerokaan pantai ini melalui video dibawah:
Sumber: youtube
URL: https://youtu.be/mUsz8kUC8DY?si=gOcA-A8GIz-vR_uL
Comments
Post a Comment