Pantai Cahaya Bulan

 

PANTAI CAHAYA BULAN

Sumber: Tripadvisor 
https://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g298285-d5539862-Reviews-Pantai_Cahaya_Bulan-Kota_Bharu_Kelantan.html

PENDAHULUAN

Pantai Cahaya Bulan merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Kelantan. Pantai ini juga destinasi pelancongan khususnya dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong domestik. Pantai ini kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Kota bharu, pantai ini terkenal dengan pesisirnya yang panjang, pasir keemasan yang lembut dan kelapa yang menambah suasana nyaman.

KANDUNGAN

OVERVIEW

Pantai Cahaya Bulan ialah pantai berpasir luas yang indah kira‑kira 10 km dari Kota Bharu, menawarkan aktiviti santai seperti berkelah, bermain layang‑layang dan riadah, lokasi yang strategik berhampiran bandar, kemudahan seperti hotel, chalet, tapak perkhemahan, tandas awam dan gerai, serta tarikan sekitar dan makanan popular seperti colek, keropok dan aneka makanan laut celup tepung di deretan kedai makan tepi pantai.

SUBTOPIK



Sumber : Tripadvisor
https://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g298285-d55539862-Review-Pantai_Cahaya_Bulan-Kota_Bharu_Kelantan.html

1.AKTIVITI YANG MENARIK 

     Pantai Cahaya Bulan menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk pengalaman percutian unik, dengan suasana santai dan panorama laut yang menenangkan. Air laut yang tenang sesuai untuk aktiviti sketboat dan memancing,boleh menyewa jet ski untuk pengalaman lasak di laut terbuka dan mencuba banana boat bagi aktiviti air yang lebih mencabar. Kawasan pantai yang luas dan terbuka membolehkan berkelah, mengadakan sukan pantai seperti bola tampar, serta aktiviti yoga atau santai serta berjalan di tepi pantai sambil menikmati cahaya bulan atau api unggun kecil

2. KEINDAHAN PANTAI

    Pantai Cahaya Bulan, dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi dan sebelum itu Pantai Semut Api, mempunyai sejarah unik yang bermula daripada kisah nama yang diberi oleh seorang askar British dan seorang Hafizi, kemudian ditukar kerana sensitiviti budaya namun masih dikenali dengan akronim PCB oleh penduduk tempatan. Pantai ini menjadi lokasi pendaratan awal tentera Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua yang menandakan permulaan kemaraan mereka ke selatan Tanah Melayu, dan turut dikaitkan dengan Tengku Mahmood Mahyideen, Putera Sultan Patani terakhir serta pengasas Force 136, yang membina chalet peranginan di sini sebelum meninggal dunia pada 12 Februari 1954 ketika berusia 45 tahun.


3. LOKASI YANG STRATEGIK

Di sepanjang perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu, pelawat akan melalui perkampungan tradisional yang dikenali sebagai pusat kraftangan negeri. Antara hasil kraftangan yang terkenal di sini ialah:

  • Pencetakan batik
SUMBER : Kelantan State Tourism Information Center
 https://tourism.kelantan.my/index.php/kebudayaan/kraf/batik
       



  • Penenunan songket


sumber : Facebook
https://web.facebook.com/bernamaofficial/posts/che-rohani-kekal-warisan-tenun-songket-tradisionalkelantan-setiap-kain-songket-d/1245468724279205/?_rdc=1&_rdr#


  • Pembuatan layang-layang

Sumber: Tripadvisor

https://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g298285-d5539862-Reviews-Pantai_Cahaya_Bulan-Kota_Bharu_Kelantan

  • Main Layang-layang


Sumber : Instagram  
https://www.instagram.com/p/C833t4Rvo8H/


4. KEMUDAHAN DAN TARIKAN KAWASAN SEKITAR


Pantai Cahaya Bulan menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengunjung termasuk:

  • Kawasan perkemahan

Sumber : Glitz
https://glitz.beautyinsider.my/tempat-menarik-di-kelantan/


  • Kedai makan dan gerai menjual makanan tempatan serta cenderamata


Sumber: Kelantan State Tourism Information Center
https://tourism.kelantan.my/index.php/pelancongan/alam-semulajadi/pantai-tasik/pantai-cahaya-bulan



5. MAKANAN YANG MENARIK

            Pantai Cahaya Bulan bukan sahaja terkenal dengan keindahan alamnya malah menjadi destinasi wajib bagi pencinta makanan yang ingin menikmati hidangan lazat dan berlatarbelakangkan pemandangan laut. Antara makanan yang menarik perhatian adalah Pizza Coffee Dessert, Celup Tepung dan Miang Pla Siakap.

i)     Hamara’s: Pizza Coffee Dessert

Sumber: yelp
URL: https://www.yelp.com/biz/kilauea-bakery-and-pizza-kilauea?start=280

ii)    Kz Tomyam Seafood & Ikan Bakar: Celup Tepung

Sumber: lemon8
URL: https://www.lemon8-app.com/@baidurie_chuma/7447351094365258247?region=my

iii)    Bin Mohamed Food Garden: Miang Pla Siakap

Sumber: eatingthaifood
URL: https://www.eatingthaifood.com/restaurants/miang-pla-pao-udon-thani/

Akhir kata, jika angin laut dan aroma makanan sedap menjadi kegemaran anda, Pantai Cahaya Bulan adalah destinasi yang wajib singgah dengan sekali rasa, pasti mahu kembali. Jadi, tunggu apa lagi? Jom nikmati keenakan hidangan sambil ditemani deruan ombak di Pantai Cahaya Bulan.





Penutup

    Sebagai kesimpulan, Pantai Cahaya Bulan bukan sahaja terkenal dengan keindahan semula jadi dan panorama yang memukau, tetapi juga menjadi lambang warisan budaya serta destinasi rekreasi yang dekat di hati masyarakat. Deruan ombak yang mendamaikan, pasir putih yang memanjang, dan suasana santai menjadikan pantai ini tempat yang sesuai untuk beristirahat, berkeluarga, mahupun menenangkan fikiran. Justeru, kita wajar memelihara kebersihan dan kelestarian Pantai Cahaya Bulan agar keindahannya terus dinikmati oleh generasi akan datang.

Dan sedikit penerangan lagi dari videa ini:

Sumber: youtube
URL : https://youtu.be/of_5oBj-ApY?si=n_8NLRM6-D0GCHSm






Comments

Popular posts from this blog

Pantai Irama

Pantai Tapang

Pantai Kemasin